Sweet Memories
Owner


Wanna know more about me ? Okay, let's start.

Facebook | Twitter

Name: Nurul Aliya Bt Abd Hadi
Birthday: 20 July 1996.
Stay at: Cheras, Kuala Lumpur
E-mail: sunshine_sun96@yahoo.com / nurulaliya0@gmail.com
Loves:
+ Make a new Friendship
+ Blogging.
+ Chocolate
+ Keropok Lekor
+ Phineas and Ferb
Affiliates


Sunshine Tan | Marina Shahiza | Ana Afina | Marina Shahira | Aeiz | Eiyka Keylis | Aina Husna | Fatini Alia | Mira | Leya | Ziha JCK | Afrina| Asyikin| Afikooo| Next?

Wednesday, 28 September 2011 | 4:59 am | 3 comments
ASSALAMUALAIKUM


Wowww
Terbaca artikel nie , dekat facebook

 > >  SUMBER  <<

Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi 

melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba 

di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda, mereka terlihat sekujur badan

 dicelah-celah runtuhan tersebut. Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia 

sedang melutut (seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannye

 menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. 

Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya.


Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai wanita tersebut 

melalui celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih hidup. Namun 

begitu, keadaan badan wanita tersebut yg sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada 

lagi. Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah wanita tersebut.




Tiba-tiba, ketua pasukan penyelamat merasakan seperti ade sesuatu yang tidak kena, lalu 

berpatah balik ke rumah tersebut. Dia telah berlutut sekali lagi dan cuba mncapai sedaya 

upayanya dicelah runtuhan untuk mencapai sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita 

tersebut. Tiba-tiba, dia menjerit, “ada bayi, ada bayi disini!!” Lantas seluruh pasukan 

penyelamat bekerjasama mengalihaknsisa runtuhan disekeliling mayat wanita tersebut. Ape 

yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki yang berusia 3bulan yang berbalut dengan selimut di 

dalam pelukan wanita tersebut. 



Ternyata wanita tersebut telah terkorban ketika melindungi bayinya. Ketika 

gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. 

Bayi tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar 

dari celah runtuhan.


Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan ketika doctor membuka 

balutan selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon bimbit dan terpampang di skrin telefon 

tersebut sepotong pesanan bertaip 



“SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..” Pesanan ini 

telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ, dan mereka semua menangis dan 

tersentuh. 




Labels: , ,