Thursday, 6 October 2011 | 7:26 am | 0 comments
ASSALAMUALAIKUM Pada suatu pagi di sebuah sekolah ada pelajar yang bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar . Ketika itu guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih sayang .
Ikuti Perbualan Ini . Pelajar : Cikgu , macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayangi ? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan ? Cikgu : Emm , baiklah sekaramg kamu buat apa yang saya suruh . Mungkin kamu akan dapat jawapannya ? Pelajar : Baiklah , apa yang perlu saya buat ? Cikgu ; Kamu pergi ke padang sekolah kemudian kamu berjalan atas rumput sambil memandang rumput di hadapan kamu . Pilih yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang walaupun sekali . Kamu petiklah rumput yang paling cantik dan bawa masuk ke kelas . Pelajar ; Okay . Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu arahkan . Apabila pelajar tersebut balik ke kelas , tiada pun rumput yang berada ditangannya . Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut . Cikgu ; Mana rumput yang cikgu suruh petik ? Pelajar ; Tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ , saya carilah rumput yang paling cantik . Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari rumput yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi . Tapi , sampai dipenghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik . Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula , jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik . Cikgu ; Ya , itulah jawapannya . Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayangi , janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu , kita patut hargai orang yang berada dihadapan kita sebaik - baiknya . Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap berlaku . Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayangi , kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut . Ingatlah orang yang kita sayang itulah yang paling cantik dan walaupun nak diikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi . |