Sweet Memories
Owner


Wanna know more about me ? Okay, let's start.

Facebook | Twitter

Name: Nurul Aliya Bt Abd Hadi
Birthday: 20 July 1996.
Stay at: Cheras, Kuala Lumpur
E-mail: sunshine_sun96@yahoo.com / nurulaliya0@gmail.com
Loves:
+ Make a new Friendship
+ Blogging.
+ Chocolate
+ Keropok Lekor
+ Phineas and Ferb
Affiliates


Sunshine Tan | Marina Shahiza | Ana Afina | Marina Shahira | Aeiz | Eiyka Keylis | Aina Husna | Fatini Alia | Mira | Leya | Ziha JCK | Afrina| Asyikin| Afikooo| Next?

Sunday, 30 December 2012 | 11:23 pm | 0 comments
ASSALAMUALAIKUM


Annyong !

Hari ni last day before start tahun baru which means lagi sehari nak balik asrama . Semua budak asrama dah kena balik . Hari Rabu dah mula sekolah . Malas pulak nak balik sana . Tak habis lagi packing barang . Woaaaa !Agak agaknya siapalah dormmate Leya kat sana kan ? Hope yang best best . Nak Farisha jadi dormmate lagi . Boleh update berita kpop selalu . Hahaha :*

Esok balik asrama pakai baju batik . Emm , curious right now . Tak tau dapat kelas mana . Classmate yang sama atau tak . Agak agak kelas ke berapa laa kan ? Hehe , hope yang baik baik sudah . Cakap pasal kelas teringat homework . Err , ada lagi nie yang tak siap . Malas bebenor nak buat . Janganlah sampai kena marah dengan cikgu nanti . Aminn !

Emm , tahun 2013 tahun akhir Leya pakai baju sekolah . Dah jadi senior pun , batch 96 struggle tau study tahun nie . Biar batch 96 lulus 100 % SPM . Best batch ever . Em ,  harap harap dapat jadi senior yang baik dekat sana . Last year to be student in secondary school . Emm , takut nak jadi form five ni tapi tak sabar nak habis form five .

Lepas ni kena berebut bilik air , nak mandi kena beratur . Lambat turun kena tulis nama . Haihhh :/ tak bestt ! Penat tau tak tunggu toilet . Hope this year senior dapat layanan istimewa sikit ! Ahahaha :) Nak dorm tingkat satuuu , senang nak turun laju laju . Hehehe .

Klaa , ada masa Leya update blog lagii . Nak siapkan homework and nak beli stok makanan pulak ,...

SELAMAT TAHUN BARU !

P/S -  Tanam azam baru then jangan lupa realisasikan . Semoga berjaya ..

Labels: , , , , , ,

Friday, 20 July 2012 | 11:38 am | 3 comments
ASSALAMUALAIKUM



Holla !
Banyaknya cerita nak dikongsikan nie ,  haha . Tapi nak bagitau dulu bahawasanya Leya dah 16 tahun ! Selamat Hari Tua untuk diri yang disayangi ini :)

Okay , kali terakhir Leya update pun 9 Jun yang lepas so , Leya nak mula cerita pasal sukan tahunan sekolah Leya , tak silap dalam 23 Jun 2012 yang lepas . Rumah sukan Leya naib johan . Okay laa tu kan , hehe . Go Plutonium ! Leya masuk kawat kaki , tapi kalah . Adat laa kalah menang nie , semuanya kena kerjasama , latih pun tak berapa nak cukup but okay laa kot ? Hee .. Johan , Uranium  . Naib Johan Plutonium , ketiga Radium , keempat Titanium .

( Leya yang paling comel sekali *toinktoink* )

Seterusnya , nak buka cerita pasal pesta buku . Pesta Buku Kuala Langat , SMS Banting jadi tuan rumah :) Haha , rumah Leya laa tu . Ramai jugak laa orang yang datang waktu tuu , ditambah lagi dengan cuaca kat Banting yang panas memanjang memang berpeluh laa , haha :) JENAN yang dari Kedah pun datang buat persembahan tauu . Memang berkonsert laa kitaorang dua malam berturut - turut . Tapi moment yang paling best waktu hari terakhir pesta buku . Hahah ! Syiok habis ~~

 
( Hari terakhir pesta buku )

Sekolah Leya memang busy , ad jee aktiviti dia . Sekolah Leya jadi tuan rumah untuk acara KASTEK peringkat daerah dan peringkat negeri . Huh , memang busy laa kan . Sekolah Leya yang pertama kalinya join KASTEK dapat mewakili peringkat negeri dalam acara solar car . Tapi dapat naib johan dalam acara solar boat peringkat daerah . Waktu acara KASTEK berlangsung Leya tak ad join apa - apa pun , duduk jee dalam kelas . :'(

( Pasangan kembar tak seiras Azief dan Azrul. Dalam acara roket air .Tak macam kembarkan ? )

Baru - baru nie , 14 Julai ada lagi program , tapi program untuk kehijauan sekolah , yang nie best sebab memang main tanah . Haha , cangkul - cangkul , main tanah nie best tau ! Haha :) Btw , masuk paper tau , date dia 19 Julai 2012 , Utusan Malaysia .

 
( Saja nak bangga - bangga )


18 - 19 Julai yang lepas Leya join satu kursus . Kursus untuk ketua dorm . Program nie sekejap jee , tapi dengar cerita sepatutnya kena lama sikit tapi disebabkan SMS Banting nie asyik sibuk jee kita singkatkan sikit . Waktu kursus ada empat rumah yang mewakili rumah sukan tapi nama dah bertukar . Yang ada Rahman ,  Razak , Hussein , dan Mahathir . Dan semestinya Leya dalam group Razak . Apa - apa pun kursus nie best laa jugak walaupun agak tergesa-gesa .  Razak juara ! (Y)

Last but not least , semalam majlis Permuafakatan IbuBapa . Memang ramai laa kan , tunggu pun memang berjam - jam , tak usap cakap laa kan , memang penat . Huhuhu ! Ngantuk woo .. Disebabkan itulah , hanya sempat jumpa tiga orang cikgu jee iaitu guru kelas , cikgu chemistry and cikgu add math .
Komen cikgu memang semua hampir samalaa kan , kena rajin buat latihan , selalu bertanya , fokus dalam kelas . Tu jee laa :) Eh , plus satu lagi , cikgu cakap Leya nie pendiam dalam kelas , aktifkan diri ! Haha ..

Kali nie tak ad picture , Leya letak gambar kelas Leya laa ea :) 

4 AL JAHIZ
 ( Tak cukup tiga orang , prep malam )


Sampai sini je laa , tata ! Adios !

생일축하합니다 사랑해 

Labels: , , , , , , , , , ,

Saturday, 10 March 2012 | 7:12 pm | 0 comments
ASSALAMUALAIKUM


Annyeong !
Selamat Bercuti semua ,

Leya baru balik asrama Jumaat lepas . Ingatkan nak update hari tuu jugak tapi tak berkesempatan sebab penat sangat . Mana tak nya , nak dekat tiga jam berdiri jee . Heashhh ,

Leya bertolak dari sekolah pukul 12 . 50 tengah hari , naik bas dalam sejam lepas tu sampai station KTM Klang kena tunggu nak dekat sejam sebab train kena delay . Then ,  KTM pukul 2.45 petang dalam KTM penuhh , kena laa berdiri nak dekat 2 jam . Kesian betul .

Lepas tu mak ambik dekat station bank negara , alolo , rindunyaa ~ Haha , lunch dekat sogo then sampai rumah pukul lima lebih , masuk je rumah tengok tv , rindu dekat TV . Hehe , tengok music bank teruss .

Leya dah 10 hari tinggal asrama , hidup dekat sana tak susah mana pun . Tak homesick lagi , setakat nie . Selalu rindu - rindu jee . Haha , nak story sikit life Leya dekat sana .

4.45 Bangun pagi - mandi -
6.10 tinggalkan dorm , masuk surau untuk solat
6.35 breakfast 
7.30 - 2.15  PNP bermula dan berakhir 
2.15 - 3.0 lunch and solat zohor
3.00 - 4.30  prep petang and terus solat asar
5.0 - 6.0 Aktiviti riadah (duduk dalam kelas / surau nak tido )
6.50 - 7.15 makan malam 
7.15 - 8.0 solat maghrib , 
8.0 - 10.00 prep malam 
10.0 - 10.30 solat Isyak
10.30 - 11.00 supper 
11.30 light off .

Nak basuh baju pun susah , penat je memanjang . Hehe , tapi pandai - pandai laa , nak hidup kan ? Hehe . Kadang - kadang bangun awal sebab nak basuh baju , malam dah penat .

Environment dekat sini okay . Cuma yang tak okay tu bila masuk kelas . Rasa stress jee , hee lagi - lagi wktu biologi . Cikgu express gilaa . Tak sempat nak buat note , nak faham cikgu cakap lagi susah . Nak cernakan jadi ilmu dekat otak pun tak sempat , satu bulan boleh cover sampai tiga bab . Woww , memang laa kena study sendiri .

Budak - budak dekat sini semuanya okay . Memang lain laa jugak dari sekolah lama , semuanya lain especially boys laa . Dekat sini boys rajin . Haha , kalah perempuan .

Klaa , nak stop dulu . Ada masa Leya update blog lagi . Tata !

Miss you , you and you :)

Labels: , , , , ,

Friday, 24 February 2012 | 3:34 am | 4 comments
ASSALAMUALAIKUM


Holla !
Erm , rindu nak update blog , lama sangat tinggalkan dunia blog nie rasanya *walaupun tak sampai sebulan punn .

Okay , nak cerita pasal semalam . Ramai kawan Leya dah tau yang Leya dapat SBP . Emm , Leya dapat Sek Men Sains Banting . Second intake , Mama and Mummy Bear pun dapat . Tapi lagi best , dapat sekolah sama , aliran pun sama , ntah - ntah kelas pun yang sama gk , heash . Tak boleh jadi nie . Jeles ! Hahaha . Leya pulak nanti sorang - sorang laa dekat Banting sana . Huaaaaa :'( .

Nak cerita sikit pasal sekolah Leya tuu . Bila tau je dapat SMSB , Leya rasa pelik , sebab tak kenal dan tak tau ada wujud sekolah tu . Tapi tadi baru bukak blog sekolah tu . Rupa - rupanya sekolah tu sekolah baru . Next year baru ada SPM and PMR . Leya jadi batch pertama laa nie , rasanya ~

Nie link blog sekolah tu kalau ada yang nak usha jugak , http://smsbanting.blogspot.com/ . Sekolah baruu , ~~

Klaa , tu jee . That's all , tata guys ~
Prepare myself , gudluck Leya !

Labels: , ,

Saturday, 11 February 2012 | 2:41 am | 1 comments
ASSALAMUALAIKUM


Annyeong Chinggu !
Bored day today . Pagi tadi ada gotong royong dekat sekolah , sooo bored !
Leya kena kemas perpustakaan , wajib ! Sekejap jee dapat lepak dengan kawan - kawan , tapi sempat laa  tolong edit blog Tini . 

Emm , tadi balik pukul satu lebih . Tak tau pulak boleh balik pukul  12 setengah tengah hari . Haish , kalau tak dah lama Leya cabut . Hehe ..

Hari nie rasa serba tak kena je . Tak tau laa apa sebabnya . Tension laa rasa ' serba tak kena nie ' Hmm , actually Leya nak ikut kawan - kawan Leya pergi Masjid Negara hari nie , ada ceramah " raikan cinta". Tapi mak tak bagi . Huhu , nasib tak menangis , hehe !

Klaa , dah berjam mengadap - ngadap lappy , tata !
Awak stalk saya , saya tak kisah tapi jangan laa heboh - heboh . Tak sukaa laa :)

Labels: , , ,

Sunday, 5 February 2012 | 11:59 pm | 1 comments
ASSALAMUALAIKUM


Holla ,
Leya dah sihat . Hehe , saja je nak bagi tau :)

Lamanya Leya tak update blog . Follower pun tak bertambah - tambah sejak 31 Januari haritu . Sesiapa yang tak follow Leya lagi follow laa ea *Promo sikit , haha .. 

Korang , ayah Leya beli laptop lagi satu . Samsung punya jenama . Hehe , sekarang nie daa ada balik dua biji laptop dekat rumah . Yang satu lagi hantar kedai , sampai sekarang ayah Leya tak ambik balik pun . Tak tau laa apa khabar laptop tu :'(

Tapi kan , Leya guna broadband , so kalau nak guna internet kena berebut jugak laa dengan orang lain , heash tak suka betul tau ! Nak curi line wifi orang tak reti . Hehe .. *Malu - malu

Kelas Leya dah tambah seorang lagi pelajar perempuan . Bermakna jadi 29 orang balik laa kan ? Dia duduk dekat tempat Dek' In , Leya dah tegur dia . Boleh jadi kawan nanti :) Nama dia Azura *Scandal Shukri  ~ Hehe ..

Sekarang cerita pasal blog pulak , Leya tukar lagi template blog kali nie pink sangat ke ? Huuu , ada orang kata pink sangat . Kepada anda yang tak minat pink tu maaf laa ye . Leya minat pink , including A Pink . Hehe .. 

Okay laa , adios !

P/S : Boring pulak cuti tak ada hameworkkan ?

Labels: , , ,

Friday, 13 January 2012 | 2:24 am | 4 comments
ASSALAMUALAIKUM



Annyeonghaseyo !
Apa - apa pun jawab salam dulu tau , nanti dapat dosa pulak taa pasal - pasal . Hehe ..

Hari nie hari Jumaat , 13 Januari 2012 . Sudah lima campur enam hari Leya jadi senior dekat Seri Tasik . Senior dalam library laa . Bukan senior dalam sekolah . Kalau senior dalam sekolah tunggu next year laa , itu pun kalau umur nie panjang . Hihihi..

Leya naa cerita pasal junior - junior dalam PSS tu . Semuanya rajin - rajin untuk setakat nie laa , next week , next month taa tau lagi . Perangai manusia , berubah - ubah kan ? Hmm , semalam Leya ajar budak junior nie proses buku , best laa . Tapi yang taa bestnya , bising tu memanjang . Ramai budak lelaki , suara pun , hehe .. Faham - faham saja laa kan , nasib baik teacher and student yang datang taa ramai . Hee ~ 

Errr , homework banyak laaa . Hoho , taa suke ! Penat laa asyik pegang pen . Taa sempat naa rehat . Ehh ? Ye k , taa sempat rehat ? Haha .. * Hiperbola Lebih * 

Homework setiap hari bertambah , lepas tu , saje je naa menangguh kan kerja yang sedia ada , that's why laa asyik taa cukup tangan je naa buat kerja . Emm , this week punya homework banyak , but weekends nie naa keluar . So , buat laa homework anda ! - Peringatan untuk LEYA-

Okay laa , sampai sini je laa ., Homework kan banyak , naa buat dulu laa . Tata !

Form 4 bukan time HONEYMOON tau !

Labels: , , ,

Saturday, 31 December 2011 | 3:06 am | 2 comments
ASSALAMUALAIKUM


LAST DAY OF 2011 !


Hahaha , start hari nie mula dengan gelak dulu kay , jangan over , tapi bersederhana laa tau . Haha .. Again , ketawa .. Entah ap - ap laa naa gelak - gelak . Macam orang taa betul je . Eh , next year daa dekat . Only few hours je . Taa sabar laa . Naa tahun yang lagi best dari tahun nie , naa moments yang lagi baik dari tahun nie , naa semua yang TERBAIK !

 Wohooo . Esok tahun baru include birthday ayah sekali  . Welcome ,  1 January 2012  be nice to all of us okay .  Btw , ayah daa makin tua . Emm , daa forty - something daa . Semoga panjang umur  ♥ .

Oh , lagi satu naa share , Leya daa dapat tawaran pergi Teknik KL . Kursus PERDAGANGAN laa . Still taa decide lagi , naa or taa naa . Hmm , confuse laa ! Haha ..



Emm , apa - apa pun still sekolah dekat Seri Tasik dulu rasanya , hmm .. Sekarang naa tunggu result SBP je . Kalau taa dapat SBP , senang sikit naa decide stay dekat sekolah mana satu .

Okay laa . Happy New Year semua .

\\ Goodbye 2011 , Welcome 2012 //

Labels: , , ,

Saturday, 19 November 2011 | 7:17 am | 2 comments
ASSALAMUALAIKUM

cake, food, heart, yummy

Gracias .

Hari nie ada Majlis Perpisahan dan Anugerah Cemerlang Tabika Perpaduan .
Naa bagi bintang laa . Leya bagi dua per lima bintang . 
Majlis ni agak bercelaru . VIP . Kecian kot ? Layanan taa berapa bagus . 
Walaupun duduk depan , dorang kena halang dengan ibubapa 
yang naa ambik gambar anak masing - masing . 

Then , kesilapan teknikal pun satu hal jugak . 
Slide Show taa jadi . Kesian lagi . Penat - penat jer prepare .
Kelam kabut laaa . Macam - macam taa kena . 
Mula - mula datang pun masalah teknikal lagi . 
Kipas taa ada suis . Panas berbahang laa dalam dewan tuu .

Ada lagi , adik Leya dan kena jadi bidan terjun untuk 
pakaian meragam/beragam . 
Dia pakai baju korea . Taa ingat laa namanya apa , tapi , 
tu pun huru hara laa jugak . 
Tapi kan , Leya suka makanan dia . Sedap . Dapat tiga bungkus nasi . 
Nasi tomato dua , nasi minyak satu . Hehe . Dapat makan kek jugak . 
Okay laa . 

Now , Leya shared gambar adik Leya .  







Daa naa masuk enam tahun .
Goodluck laa dekat prasekolah nanti adik . 


Labels: , , , ,

Sunday, 13 November 2011 | 12:45 am | 4 comments
ASSALAMUALAIKUM

Hari Graduan dan Majlis Tabikarama Perpaduan Daerah Cheras 2011


Pagi tadi keluar rumah , pukul lapan daa tunggu train
Tapi train hari nie lambat .Fifteen minutes tunggu . 
Taa pe laa . Oh , hari nnie kaunter tiket closed . 
Dorang suh guna mesin beli token . Baru guna tadi .  
Macam mainan laa token tu . Hik :3

Sampai Pusat Komuniti tu , sarapan dulu , walaupun daa 
makan nuget tempura dekat rumah .
Beli roti canai dua keping , taa ada air . #Taa haus lagi .

Daa makan naik tingkat lapan . #Full budak tadika
Cari adik Leya sorang nie . Taa jumpa - jumpa . 
Then cari sits untuk dua orang . Taaa jumpa jugak . 
Give up , then cari balik si Syirah nie .
Found ! Tengah main dengan kawan dia rupanya . 

Tunggu laa tens to twenty minutes . Baru majlis start . 
Ucapan panjang lebar . #Suasana bising .
Dengan siapa ea orang tu cakap ? Hehehe . Bosan , mak ajak pergi bawah . 
Tengok kedai 1 Malaysia . First time masuk . Banyak barang putih . 
Taa suka betul .

Tadika Syirah last sekali ambil sijil . Penat tunggu tau . 
Taa tau naa buat apa , so , kita snap picture laa .
Macam - macam ragam budak tadika . Love performances 
budak - budak kecik . Teringat zaman tadika . Emm , rasa macam 
jumpa cikgu tadika dulu . Tapi taa berani tegur . Takut salah orang laa . 
Rindu zaman budak tadika . Semua cute . Taa ada dosa lagi . Best !

Emm , kecian dekat budak yang menangis hari nie . Nasib laa kan . 
Tangan kena pijak dek orang jer . Melalak laa dalam dewan tadi .
Kalu dapat yang pakai kasut tinggi tu , mesti sedap ~ 
Hishh .

Balik naik bas . Ikut budak tadika jugak .  Duduk belakang dengan Syirah . 
Sibuk naa naik bas , lama taa merasa bas . Sampai rumah pukul 12 setengah .
Tebngah matahari jugaklaa naa main dekat taman  .
Apalaa budak kecik nie . Hehe ..

Rindu zaman tadika .

Labels: , ,